Monday, 30 December 2013

You're the best

Assalamualaikum.

Tonight, i'd like to share about my friend. Not a friend. A very good friend. Not a very good friend. More than that. Haih susah nak describe :( Mula mula, fikir lah jugak dua tiga kali nak post ke idak benda alah ni sebab blog is an 'open diary' right? Tapi, dekat siapa lagi aku nak mengadu kalau bukan blog kannn? Sorry.

Pity you, girl. Patutlah orang wc taknak reply. Suka eh buat orang takut? Suka buat orang susah hati? Suka buat orang tunggu tunggu macam orang gila sampai tak boleh tidur? Haa suka? Now i know what is your problem. Dah lah. Takyah nangis nangis lagi. Dalam gambar kau tu aku nengok mata kau sembab dah. Bengkak. Tak penat ke? Rileks lah. Ramai kawan kau. Diorang boleh jadi tempat kau mengadu. Kalau tak, apa fungsi diorang jadi kawan kau? I bet you confirm diorang pun akan nangis macam apa yang kau rasa sekarang. Sebab aku dah nangis tadi lol~ idk why but bila aku sendiri dapat tahu, tiba tiba ada pulak lahai mutiara mutiara yang jernih lagi berkilau jatuh dekat pipi i yang comel lagi menarik kau memang deboom haa okay bab merepek dah masuk! Back to the story, aku memang kesian sangat dekat kau. Tak tahu macam mana nak cakap dah.... esok aku dah nak balik hostel. Sekolah pun dah nak start. Tahun 2014 pun just around the corner. Bukan just around, memang dah sipi sipi habis dah. Tunggu nak jatuh je hahahah lewlssss. See. Tahun baru pun dah dekat. Tutup yang lama kita bukak yang baru okay? Fokus on your study. Ingat tak kita ada big exam? Pbsmr yang membunuh lagi menderakan tu? Ala takkan tak tahu kot kan? Kau ada ajak aku sekolah ssi kan? Nanti aku pujuk mama eh? Bukan apa. Hm tah lah. Kesian sangat dah nengok kau.... ingat ni eh. Nnt masa hari pencera...an, kau kena kuat tau. Even aku tak pernah alami benda alah ni, tapi aku dapat rasa. Aku selalu siot terfikir benda ni. Takut takut je kalau aku yang kena. You are the best!!!! Sumpah! Tapi kita mana boleh fikir negatif kan dekat orang tersayang? Hm mama i tengah ws dengan mama lu ni.

One word. STRONG. Tu yang kau kena buat. Banyakkan bersabar. Banyakkan berdoa. Solat jangan lupa. (Nasihat orang tp aku sendiri buat tak buat jee hehe. Maaf maaf!). Takboleh nak cakap apa lah kan. Kau tu kawan baik aku. Aku sayang kau. Kau lain drpd yang lain. Aku taknak kau nangis sebab benda ni lagi. Nnt tak comel macam aku ecewahh~ eh headache lah. Macam ni lah bila nak balik hostel. Macam macam. Pening kepala lah apa lah. Hm goodnight zetty narina natasha. Iloveyou bye takecare. Assalamualaikum.

Saturday, 28 December 2013

Few weeks more

Assalamualaikum.

So yeah how your holidays, guys? Dah spent time yang secukupnya dekat rumah? Dah beli barang sekolah? For hostelite, dah beli barang hostel? Aku? Peh banyak doh tak beli lagi! Idk why lah bro.

Actually, takde semangat langsung siot nak pergi sekolah, nak balik hostel. Rasa macam kejap noh lahai dekat rumah ni. Mana taknya. Kita cuti sebulan lebih je. Kalau tahun lepas 2 bulan tak silap en? Peh seriously takde semangat LANGSUNG! Dengan mood jiwangnya still ada. Mood nak bermanja manja dengan katil pun still ada lol.

Oh hm ni lagi masyuk. Lupa pulak ada pbsmr yang membunuh lagi membahayakan seluruh umat yang lahir pada tahun 1999. Peh taktahu sia macam mana bentuk exam dia. Macam mana soalan dia. Eee kerajaan ni nak bagi murid pandai ke nak mendera murid. Kang tak pasal pasal ada surat khabar tajuk 'murid mati bunuh diri kerana tertekan dengan pbsmr yang bakal dilalui olehnya pada tahun ini'. Lol tajuk tak boleh nak panjang lagi kepe? Hahah

Too lazy to do anything. Dalam bahasa melayunya, terlalu malas untuk melakukan apa sahaja. Ala something liddat lah kan. Hw banyak lagi tak siap. Takde lah banyak. Tinggal 4 essays je(sedapkan hati ah. Kau diam.) Kan sikit je kannnn? Pfttt -,- sekolah lain takde hw sekolah kita ada hw apa benda lah haih yak alamak. Nnt kena letak azam baru blablabla and bye bye bloggers. Enjoy ur school daysssss night assalamualaikum ;)

Thursday, 26 December 2013

Money?

Assalamualaikum.

Bila nak cerita pasal duit, mesti macam wowww gitu kan? Hm okay begini ceritanya. Jujur lah ek. Sebenarnya kan sebenarnya kan sebenarnya kan.....

Siapa je tak nak kaya kan? Siapa je tak nak hidup mewah kan? Bila kaya, itu ini boleh dapat dalam sekelip mata. Fuhh kiri kanan duit je. Poket tak pernah kosong. Tapi hutang mesti banyak en hehehehe lol. Tiba tiba teringat lagu 'kalau aku kayaaaaaaa~ hari hari hari rayaa~' by ultimet kalau tak silap lah. Sorry ultimet kalau salah. Saya tak minat lagu cenggini cengginu.

Bila kita nengok orang pakai iphone5s, iphone6(belum keluar lagi ek naa sabo), kita pun sebok nak jugak. Kalau kita nengok orang pakai baju tu, kita mesti nak jugak! Kalau kita nengok orang pakai kasut tu, kita pun nak jugak! Kalau kita nengok orang tu pakai jam tu, kita pun nak jugak! Ofcourse lah kan. Kita ni, kalau nengok orang dah kalahkan kita, adanya nak biar gitu je? Cuba nengok artis. Pehhh memang tak boleh kalah lah en. Sekali bukak gerobok baju, fuhhhhh berderet deret baju lawo lawo. K tutup pasal artis

Seperti kenyataan diatas, saya sebenarnya nak kan sesuatu.... tapi sayang. Saya hanya mampu bersabar dan kumpul duit untuk membeli barang barang tersebut. Banyak woo dah siap list dah dekat kertas nak beli apa bila dah kumpul duit nnt hehe. Tak pasal pasal tadi athirah dengan pika kena paksa dengan aku suh beli kasut hahah tapi main main jee tapi kalau beli betul betul pun takpe jugak! Pehhh bahagia hidup kahkahkah xD

Ikutkan hati en, banyak sia barang nak beli. Tapi tu semua kemahuan je bukannya keperluan punssss. Jadi tak perlu kottt. (Siapa kata tak perlu?!?!?!?) Macam nak tambah je dekat paper yang haritu tasha suh tulis apa yang kita nak apa yang kita suka tu omagadzzz nafsu naa nafsu!

Kadang kadangkan, terfikir jugak au sebenarnya. Best jugak jadi artis ni. Ye lah. Semua barang kalau boleh orang sponsorkan. Baju, seluar, tudung, kasut, semuanya lah! Ce nengok si mia sara tu ha. Kecik lagi kot dah dapat macam macam. Dah guna iphone bagai eee siapa je tak jealous?!?!?

Meh sini i listkan apa yang i nak eh hahah(perlu ke? lol)
1)iphone
2)Baju
3)seluar
4)tudung
5)kasut
6)ps4
7)swimming pool
8)fixie
9)skateboard
10)a big teddy bear

Lmfao ah sia. Kaya noh kau naa nak semua ni. Mak aih tu baru sepuluh bhai. Belum lagi semuanya :p cukup ah ni. Membazir je. Baru berapa kot dalam tabung tu. Tak sampai lima ratus punsss sadis en sadis~ eh nighty night uollss *acacah gaya artis bagi flying kiss* lol assalamualaikum

Monday, 23 December 2013

Asdfghjkl

Assalamualaikum

N
O
T
H
I
N
G

T
O

D
O

Omg why so boring?@#$%&*-+()!"':;/? Mama abah bukannya nak layan kepala.... angah asyik cari gaduh! Adik main dengan aez. Ala kesian lah dekat gua!!!! Tak tahu nak buat apa sebenarnya. Makan? Dah boring ah hadap benda sama. Twitter? Dunno nak tweet apa. Insta? Macam boring je. Moment wc? Tah apa apa je. Askfm? Lagi krik krik sia. Waduh lifeless banget sih duduk dirumah. Tadi abah kata nak keluar. Tapi tah...... macam keling lol. Ey bestnya kalau ada kawan yang rumah dekat dekat. Ni tak. Semua jauh jauh. Susah betul. Ya Allah sumpah boring gila nak mampus tahap gaban tahap beruk orang gila hutan liar tahap semuanya lah! Takde tentu arah tahu tak duduk rumah.

Nak sekolah. Bukan nak belajar. Bukan nak buat pbs yang menyeksakan. Bukan nak buat homework. Ah apa jenis pemalas lah aku ni. Nak balik hostel. Nak jumpa kawan kawan. Nak membebel. Nak memekak. Nak buat macam hostel sendiri lol. Sukati je en. Kesah apa? Break the rules! Haha tak sangka minggu ni minggu last cuti. Minggu depan dah kena balik penjara kesayangan lagi tercinta kebaboom. Lagi lifeless kat situ. No tv. No phone. No music. No baring baring 24 jam. Tapi ada kawan. Tu yang syok ▲

GqiavcquabakoaTAKkqgayasalahhvTAHUbsvajbaajoobbNAKbacyvvkicagxajUPDATEhavakaftrkabyaAPAjajabakaibLAGIjwvsbsksgSEBABhsvakaguaacaBORINGajaaiaabbalaGILAvauagsvaksg

Wednesday, 18 December 2013

Nur Atirah Rossim

Assalamualaikum and hi.

Nur Atirah binti Rossim. I wanna wishing you a happy bornday. Sweet 14. Havva blast. Kita actually nak jadi orang yang paling paling paling memang punya paling lah last. Hehe bagi suprise punya! Kahkahkah xD lol eh enjoy ur day. Jaga diri yo! Kita sayang awak xx

Nak cerita ni.....
Awak..... awak..... awak......
Kita rindu awak yang dulu. I miss you. I miss myself. I miss us. Awak ingat tak? Dulu kita selalu bergossip sama sama. Selalu ketawa sama sama. Selalu menangis sama sama. Selalu share story sama sama. Tapi sekarang awak tak rasa ke kita makin jauh? Kita dah tak rapat macam dulu. Kita dah tak selalu share apa apa..... awak sekarang dengan syeerowt je. Apa apa semua dengan syeerowt. Tak. Awak faham ni eh. Awak kawan dengan syeerowt, macam lebih dari kawan. Faham tak? Macam awak selalu share story dengan dia. Awak tukar tukar diary dengan dia. Ada satu hari tu. Masa tu pagi before pergi sekolah. Awak letak diary awak atas beg awak. Kita nak try bukak. Ternampak pulak 'nama' diary awak. Oh okay kita buat dek je. Esok esok kita ingat awak nak cerita apa apa dekat kita. Okay lah kan kita sabar je. Lepas tu petang masa tu riadah. Main ship kalau tak silap. Time tu band f2 takde. Lepas tu syeerowt tiba tiba jerit 'TIMIE'. Bila fikir fikir balik, oh tu bukan nama diary awak ke? Okay fine maknanya syeerowt lagi awal tahu lah ni ek dari kita? Awak tahu. Time tu sheila je tahu betapa nak nangisnya kita T_T lepas tu masa dah nak habis sekolah, siti ada cerita dekat kita yang awak selalu tukar tukar diary dengan syeerowt. Lepas tu siti kata awak akan selalu tukar diary atau bagitahu someone rahsia awak dekat orang yang awak percaya je. Oh mean awak tak percaya kita since kita kenal lah eh? Oh gitu~~~ baru ku tahu sihhh. Last day sekolah tu, kita ada buat satu note untuk awak. Memang panjang gila punya bapaknya ah pun! Tu pun siti, athirah izzati, sheila, mira, iera suruh bagi awak. Kita sebenarnya ragu ragu nak bagi awak. Sebab kita takut awak kecik hati atau nnt taknak kawan kita lagi.... masa dekat hostel(dah habis sekolah), awak baik sangat dengan kita yang membuatkan kita tak sampai hati nak bagi awak note tu. Ingat lagi. Masa syeerowt pergi paintball. Awak kalau boleh nak cerita pasal dia 24 jam. Ya Allah kita sabar je wak. Eh awak jangan salah sangka tau. Kita tak marah awak nak kawan dengan siapa. Kita tak marah awak nak percaya siapa. Kecik hati je ((hahahahaha))

So yah, happy birthday again awak! Dah jumpa kawan baru jangan lupa kita. Byebye takcarexx

Sunday, 15 December 2013

Cari lain?

Assalamualaikum and hi....

I actually dont know who is my crush..... No i mean.... em idk what im typing right now :/ no. Em its actually about my crush emmmm

H? Haaa tu dulu. Past is past okay? Sekarang pun H jugakkk tapi lain. Dia hot. Dia hipster. Dia ada suara sedap. Dia ada group sendiri. Dia smart. Dia handsome. Dia ada ramai peminat. But dia dah ada crush. Idk lah diorang couple or what. Tapi nengok gaya macam suka sama suka..... masa birthday girl tu pun dia bagi cover phone belakang gambar perempuan tu, teddy bear kecil and bangle. Peh sumpah sweet gila. Lepas tu amek gambar sama sama. Lepas tu masuk ig lepas tu semua comment jealous lah sweet lah wtv lah! Yang penting gua jealous gila! Dah lah keluar sama sama! Selalu! Schoolmate! Ahhh sabar naa sabar!

Emmm dia hot. Perempuan tu pun hot. Hm sesuai lah tu. Eh tapi dekat bio dia tulis 'wanna single until 2016'. Haha oh i know! Maksudnya, lepas habis sekolah nak couple with that girl lah eh? Haaaaa chill naa chill jangan melalak!(padahal mata dah berair!!!!) Ni yang lemah ni. Lagi lagi bila family masing masing rapat! Senang habis spm terus kahwin! Lol jkjk nnt aku yang merana

Susah sebenarnya nak lupakan orang yang kita dah sayang. Apa lagi yang dah sayang gila gila babun punya! (Gua lah tu, nok!) Hm sedih ah. Nak cari yang lain ke? Susah lah. Kenapa ek? When ive crush on someone tu, bila dah lama lama tu mesti dapat tahu dia dah ada awek or crush. Mana nak cari? Em eh takpe lah kot. Mungkin Allah dah tulis jodoh aku. Hehe baru teringat yang amirhan pernah bagi gambar yang tulis 'rileks lah beb! Tak couple tak bererti takde jodoh. Allah dah tulis dah jodoh kau. Mesti dia handsome. Jangan sedih sedih' hehh yeke? Something liddat lah.

Goodnight. Sleeptight QR ♥

Thursday, 12 December 2013

regret

Assalamualaikum.....

Why? Why? Uhhh why? Kenapa makin kita nak lupakan dia makin ada je yang ingatkan kita balik pasal dia? Kenapa dia muncul balik bila dah separuh otak kita lupakan dia?!!!!!!! Hmmmm cukup lah. Stress aku bila fikir...... Aku nak lupakan dia..... aku terpaksa! Kalau aku sayang kau pun kau bukannya sayang aku pun kan? Apa aku buat selama sia sia je. Belikan macam macam tu semua. Ahh membazirkan duit mama abah bagi je! Baik pergi shopping ke. Holiday ke. Kan best :( ah menyesal! Patutlah selama ni sheila farah kelly iera ((abuden)) marah aku bazirkan duit beli semua ni. Rupanya diorang tahu akan jadi macam ni. Tak pasal pasal kena marah dengan diorang haritu :(

Betul kata kaklong. Dia pun pernah rasa benda ni. Sakit. Sangat sangat sakit. Dia kata random. Memang setiap orang akan mengalami benda macam gini. Kita kena sabar. Ingat yang Allah sentiasa ada dengan kita. Apa yang penting berdoa. Doa biar dia pergi dari hidup kita dan jangan sesekali datang lagi. Kalau betul dia jodoh kita, redha je lah. *Apesal masuk bab jodoh pulak ni haihhh naa kau ni!*

Tapi cukup lah selama ni aku je yang tahan. Kita ni macam wujud tak wujud je kan. Awak yang start dulu. Ingat tak masa f1? Huh?! Kita geram ni kita geram! Masa kita ada, awak dengan orang lain. Kalau sorang takpe lah jugak. Ni RAMAI. Oh apa ingat kita tak tahu ke? Cukup lah diary tu kita luahkan masa kita dekat hostel. Sampai diorang kata buku tu boleh jadi novel. HA HA HA fikir lawak ah -.- boleh masuk MLM. Confirm juara!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Hey you!
Tolong lah pergi dari hidup kita. Regret tahu tak regret. MENYESAL tahu! Ye sorry. Myb kita ada buat awak rimas. Tapi kita tak sedar langsung. Awak ada ex. Awak still dengan ex awak. Oh happy si*l aku! Pls leave my world, bij

Wednesday, 11 December 2013

11.12.13

Assalamualaikum and hi.

Ramai kata tarikh ni cantik. Yo memang cantik pung. Amboi kalau tarikh cenggini je ada yang nak bf gf baru lah. Nak clash lah. Nak tunggu iphone bunyikan lonceng rumah lah ((gua pun nak woi iphone)). Cuba kalau tarikh islam. Ada macam ni? Haihh manusia akhir zaman! ((Acah acah ustazah)).

Harini ni anny f2'13. Tah sejak bila tah. Anis dengan siti kata sebab tarikh ni lawo~ oh masa prep pub diorang ada bincang nak hang tarikh ni ramai ramai bla bla pergi angsana bla bla main taman bla bla buat barbeque bla bla. See macam koling. Duduk rumah jugak akhirnya masing masing. Happy anny lah btw kan ((hostelite only. Sorry yo outsider. Lain kali masuk hostel kalau nak ada anny)).

Yeay, finally ive got the love text message from school -.- tak sabaq eden nak masuk hostel. ((Correction: tak sabar nak jumpa kawan kawan dekat hostel. Buat macam hostel sendiri.)) Nanti beli semua baru! Buku baru, beg baru, pencilbox baru, baju baru, tudung baru. Semuanya lah! Tak sabar nak pergi sekolah! ((Correction: tak sabar nak memekak dalam kelas. Nak jalan jalan and etc.)) Alaa tapi tahun depan syafiqah takdok :( sedih eden sedih *amek tisu lap hingus meleleh*. Emm agak agak dapat dorm apa ek tahun depan? Dekat text tu, dia suruh datang pendaftaran pada 31st dec. Masa tu lah baru kita tahu dapat dorm apa. Taknak dorm c lagi :((((( taknak dorm bawah jugak :(((( nak dorm b atau dorm a jee. Haha idk why lah, nyol.

So, yah. Happy menjalani hari anda pada hari ini yang tarikhnya dikatakan cantik gitu. Lol nighty night everybody! Assalamualaikum. *jawab! Jawab! Tak jawab dosa!

Monday, 9 December 2013

Close friend

Assalamualaikum.

Malam ni nak cerita pasal bestmate ever! Ah rindunya dengan minah ni! Baru dapat keluar sama sama kan, budak? Haih -.- setelah sekian lama kita tunggu tunggu saat ini, akhirnya harinya telah pun tiba hihihi okaylah saya start cerita.....

Jeng jeng jeng!

Nama dia Zetty Narina Natasha. Dia sekarang sekolah dekat SAB(Sekolah Aminuddin Baki, JB). Dia ada sorang abang. Nama abang dia Khairull Nazrin. Dia anak last. Anak manja orang kata haha sorry sha! Dekat rumah dia sorang sorang je dengan mama dia. Abang dia pergi study dekat KL. Ayah dia pulak selalu outstation. So tinggal lah dia berdua dengan mama dia. Dia hipster. Dia rock. Dia gangstar yo. Dia baik. Dia comel. Dia kreatif. Dia suka bazirkan masa dia dengan buat something yang berseni macam melukis ke. Mengala ke. Rajin wo dia ni! Untung siapa bf dia haha jkjk

Okay lah. Its the time untuk kita throwback balik. Dulu kita jiran. Selalu sama sama. Pergi sekolah sama sama. Gossip sama sama. Selalu panjat pagar tiap petang lepas tu gayut dekat situ lepas tu berbual dari jauh. Main taman sama sama. Dulu ada lah guna istilah 'main'. Tapi rasanya sekarang kena guna istilah 'lepak' pulak haha. Pergi ngaji sama sama. Lepas habis ngaji selalu lumba siapa cepat sampai rumah dulu. Jalan sama sama. Tapi sayang. Saya kena pindah atas dasar dasar yang tertentu. Sedih kan? Kita macam dah tak rapat. Eh tapi rapat eh sebenarnya. Macam je....... Selalu contact contact. Mama abah pun rapat dengan mama ayah tasha. Angah pun rapat dengan nazrin. Saya pun okay dengan dia :D kita ni jarang jumpa. Tapi bila jumpa je mesti bertekak haihhh haha tapi kejap je~ yo, bro! Tasha kata siapa yang rapat je panggil dia 'tasha'. Yang lain semua panggil dia 'zetty' lah, 'nasha' lah. Yang panggil dia 'tasha', cuma saya dengan ada sorang budak kawan tadika.

Tah lah. Actually, saya pun tak sangka. Bayangkan, dari kita lahir kot. Sampai sekarang. Kawan baik je. Close friend. No one can replace her and no one can be like her. Dia ada keistimewaan dia sendiri. Tah lah. Susah nak cakap. Dia ni lain daripada yang lain yang boleh buat orang senang kawan dengan dia. She's very happy go lucky girl. Cemana ek nak cakap? Dia ni gila tau. Nana tak pernah boring kawan dengan dia! Tak tahu kenapa tapi memang....... BEST!

Tasha,
Thank you for being my close friend since we were kid! I love ya! Semoga persahabatan kita berkekalan sampai bila bila. Tak sangka kan? Haha jaga diri, 'budak bajet tinggi'. Gmy ♥

*Tasha lah ni ingatkan balik zaman zaman kegemilangan haihh --'

Sunday, 8 December 2013

Insaf

Assalamualaikum and hi.

Nak share sikit je ni. Dah nak berakhir dah dunia ni. Selalu dengar dengar ustaz ustazah cerita pasal kiamat. Siapa je tak takut? Boleh meremang bulu roma. So, ni ada satu cara macam mana nak insaf. Tah lah. Tiba tiba nak post pasal ni. Mohon renung renungkan lah.

Dalam dunia ni, kita tak akan lari dari masalah. Tak kira lah sama ada lelaki ke perempuan ke. Tua ke muda ke. Islam ke bukan islam ke. Yang baru lahir ke yang dah lama lahir ke. Semua sama je. Kita kena ingat. Allah sentiasa ada disaat kita susah atau senang. Dalam dunia ni, biasalah. Siapa je taknak kebahagiaan dalam hidup? Duniawi.

Cuba bayangkan. Allah ingat hamba hamba dia tiap tiap masa. Masa kita susah senang, Allah sentiasa ada. Tapi kalau kita? Masa susah je kita ingat Allah. Masa senang kita lupa. Kita nak keluar pergi date dengan bf, gf, boleh je bila bila tak kira pagi petang siang malam kan? Ni, Allah mintak kita date cuma 5 kali je sehari. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Tapi kenapa susah sangat kita nak ikut? Sesungguhnya itulah manusia akhir zaman. [Hati ni dah takut sebenarnya nak cerita pasal akhirat.] Jadi manusia tu jangan lah nak sombong sangat. Rezeki kita semua ni, makanan kita, minuman kita, duit, harta, semuanya lah! Tu semua Allah yang bagi.

Tiba tiba teringat pula cerita 'Ahmad Albab'. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kata dalam cerita tu, 'kekayaan ini semua datang daripada Allah. Bukan daripada bapak'. Haha comel je. Cerita ni bagus. Banyak pengajaran dia. Dia ajar kita untuk bersabar. Supaya kita ingat dia. Allah tak pernah lokek dengan kita. Kalau kita ikhlas nak buat sesuatu, in shaa Allah hidup kita akan diberkati satu hari nanti :) renung renungkan lah.....

*nota kecil
⇨sebenarnya nak motivate diri sendiri. Tapi dah alang alang tu, orang kata tak baik kedekut ilmu. Hashtag poyo nak mampus.
⇨rasanya post ni macam campur campur jeeee. Sorry lewww dah malam kan, otak pun dah nak blank.

Past is past

Assalamualaikum. H? Itu cerita lama. Crush je pun. Tapi rasanya macam dah boleh dilupakan dan cari yang baru jkjk.

Bila orang tanya tanya apa twitter dia, apa fb dia, apa numb dia, apa wc dia semua, aku cuma kata dia takde semua tu. Dia bukan orang yang jenisnya bersosial. Dia pemalu. Bila aku tanya kawan kawan lelaki yang dia rapat masa primary school, dia kata diorang dah tak rapat macam dulu lagi. Dah tak main futsal sama sama. Dah tak main bola tiap petang. Dah tak selalu keluar sama sama. Bila ditanya kenapa, dia kata H sekarang dah kawan dengan budak lain. Hani pernah cerita pasal dia. Tu pun daripada adi. Dia kata dia dah berpunya. Bila aku dengar je...... ya Allah luruh hati. Memang kalau boleh nak nangis jugak time tu! Ahhhh~ kuat naa kuat! Since darjah 5 weh. Sampai sekarang? Siapa je yang sanggup tahan perasaan? Tah tah dia dah tahu pun. Mana taknya kalau dah semua kawan dia tahu~ malu tawukkk!

Ingat lagi. Kakak dia kawan dengan kaklong! Kawan baik lagi sampai sekarang! Masa kakak dia kahwin tu dia jemput kaklong. Kaklong ajak aku tapi sayang. Masa tu hari ahad then dah kena balik hostel~ tu namanya bukan jodoh kena tahan perasaan rindu ecehh jiwang fulak~ Ada lagi ni ada lagi cerita. Emm time ni masa darjah berapa ek? Darjah satu ke darjah dua tah tak ingat! kakak dia datang rumah. Biasalah kawan kaklong, hari hari datang rumah. First first tu tak tahu tau tu kakak dia. Bila dia tanya kenal ehem tak? Haa mana lah aku kenal sebab dia sebut nama depan. Lepas tu dia paksa paksa dia suruh aku jawab. Eee ya Allah kau faham tak aku tak kenal! Lepas tu dia sebut nama belakang. Oh i see! Kakak dia rupanya. Tapi masa tu takde apa apa perasaan lagi dekat dia so buat watlek watpeace je. Bila dah lama lama kakak dia usik usik alahai mula terasa comel pulak adik kakak ni~ hihi so, sampai sekarang. Tahan je perasaan.

Masa sekolah agama, dia selalu tak datang. Ada satu hari tu 'kita' sama sama tak datang. Lepas tu ustaz suruh buat group. Haha dengan bangganya aku suka! Tapi sayang bukannya aku duduk depan dia. Tapi alia. Haihh sedih sedih. Pernah sekali tu dia TERsentuh jari. Okay bye ni taknak cerita~

Ah lupakan semua tu! Now, ive a new crush..... hihi siapa lah kan jejaka malaya tu... cehwah poyo lebih! Buat masa ni, biar lah pika dengan diana je yang tahu. *Eh eh pika tu cousin gua eh!* hehe poyo tak poyo tak? Lol poyo tu comel. Selamat tinggal crush lama :)

Saturday, 7 December 2013

FIT

Niat sebenarnya dah taknak post pasal kawan kawan lagi sebab aku tahu tu je lah caranya untuk relax kejap. Tapi, lepas stalk blog farah, nak nangis! Tak tak jangan salah faham! Nak kata nangis sebab terharu sebenarnya~ hihi

You make me wanna cry, farah!!! Ah damn you! Asyik asyik nak buat orang nangis. Tu je kerja. Manusia jenis apa suka buat orang nangis ni TT_TT pfffttt yes. 3 years more. Tah tak tahu lah kan kita semua ni hidup lagi ke tak. Aku. Kau. Dia. Semua orang lah. Atirah Rossim masuk bab lain. Pls.

Amboii bab bab tu ingat lagi. Ah malunya masa kecik dulu~ tak sangka kan kita satu tadika? But we dont know each other. Bila sekolah rendah kita pisah kejap. Bila sekolah menengah, yay jumpa balik. Tah lah. Masa first time nampak kau dekat hostel tahun lepas rasa macam familiar noh muka kau. Bila fikir fikir balik, oh pelanduk dua serupa mungkin? Aku pun biar je. Dah lama lama tu, yang kot yang tegur dulu pasal tadika. Haha tah macam mana kan kita jadi satu geng. Satu geng yang TAKKAN terpisah. Dalam geng kita tu ada tasha, ada kelly, ada wawa, ada thirah, ada aida. Semua comel comel. Macam aku(perasan!). 'Kami buddyz kami takkan terpisah'. Eh tiba tiba pulak teringat lagu 'takkan terpisah' yang black nyanyi tu. Demi cintaku, demi cintamu, jangan biarku terseksa~~ lalalala *dah start dah mencarut* okay lol.

Mungkin ABUDEN yang lain kata aku ni melebih dengan TIU tapi takpe. Ill settled it! Kan kata je kan nak keluar kan kan kan. Tapi tah bila :( tapi takpe. Mungkin bukan kita punya rezeki nak jumpa masa holiday. Tahun depan ada kan? Doa doa je lah umur kita panjang, dan in shaa Allah kita akan bersama sampai bila bila. Macam dalam novel Dear Yayah ni :) hubungan kawan kawan terjalin sampai bila bila. Even kita dah besar pun. Sambung belajar dekat luar negara sama sama. Jalan sama sama. Keluar sama sama. Amek gambar sama sama. Belajar satu u. Satu kelas. Biar lah orang nak kata apa pun. Biar orang jealous tengok persahabatan kita. Biar orang tahu erti SEBENAR SAHABAT SEJATI. Friends never end. Friends till Jannah. One day, kesayangan, one day. Dah lama aku nak macam ni sebenarnya. Aku tahu. Mungkin berat sangat sebab lama sangat kan. Tapi aku yakin! Selagi kita kawan dengan hati yang ikhlas, hubungan ni takkan pernah terpisah. Amin!

Charger, come back to me!

"Naa! Charger?" "Naa! Nak charger! "Naa! Pinjam charger?" Asal muka aku je charger. Asal muka aku je charger! Haishhh pikir gua apa? Dah suruh beli charger taknak. And now, charger aku jadi wakaf. Haiyaaaa ini macam aa -.-

Kan ada duit. Beli lah charger sendiri bhai. Susah ah kalau satu rumah guna samsung. Lepas tu cuma ada satu je charger!!!! Dey! Lu pikir muka gua ni ada macam bentuk charger ke? Adoinya pun adoinya bebe!

kepada penghuni rumah saya, ada duitkan? Amboi beli beg, baju mahal mahal boleh apesal beli charger sendiri tak boleh?! Tumbuk kang!

Friday, 6 December 2013

Change.

*nota kecil dari si comel -.-
⇨maaf sebab guna panggilan 'gua' untuk post kali ni.
⇨baca post kali ni dengan nada yang konon konon tengah stress, okay?!

People changed. Yes. Everybody can change anytime! Sama lah macam gua, beb! Gua bukan apa. Gua tak tahu lah kenapa dengan gua ni. Otak mereng je kerjanya! Haish!

Em okay. Gua nak bagitahu ni. Gua tak tahu kenapa gua jadi macam gini. Kerja nak sedih memanjang! Kerja nak menangis memanjang! Kerja nak sadis lebih! Ey lu pikir gua sengaja ke beb? Kan gua dah kata otak gua mereng. Fantasi je lebih. Nanti bila dah jumpa orangnya, konon ah otak gua ni baru nak fungsi. Time tu lah nak blank tiba tiba and then lupa segala galanya! Haishh orang jenis apa gua ni? Gua pun tak tahu lah beb. Sorry lah eh kepada sesiapa yang baca previous previous post dalam blog ni. Mohon ampun beribu ribu berjuta juta ampun! (Adoi beria lah pulak lu ni, naa!). Okay back to the main story, sorry kepada kawan kawan gua yang dah baca, maafkan anakanda, ya? Patik mintak maaf :( *berapa kali nak minta maaf pun gua tak tahu*.

Haaa sebenarnya, gua tak tahu pun macam mana boleh jadi cenggini. Serious eh! Gua tak tahu kenapa gua macam ni. Gua tak tahu kenapa otak gua cepat blank. Cepat lupa. Cepat mereng dan seangkatan dengannya lah senang kan. (Okay dah nak blank dah sebenarnya ni. Betul sumpah tak tipu!). Japjap gua lupa sebenarnya gua nak cakap apa tadi. Haihh kan susah! -------------------------------------------------------------------------Oh okay ingat! Kita gaduh ke wahai TIU sekalian? Gua tak rasa. Gua tak rasa beb gua tak rasa. Cuma masing masing simpan je perasaan masing masing kan? And finally, BOOM! Segala galanya dah terbongkar dan gua pun tak tahu nak cakap apa lagi , beb. Gua chaw dulu! Assalamualaikum kesayangan ♥♡

Stupid me, dude

I dont know why.
I feel so stupid because fall in love with you.
I feel stupid because love someone that never love me.
I feel stupid because miss someone that never miss me.
I feel stupid because gave everything to you.
Rasa segalanya aku buat takde apa apa.
Eeee bodohnya aku!
Ahhh stupid me!
I wish if the time could turn back and ill be like kid forever and never grow too fast :(
In a dream i guess ah!

Kepentingan bahasa Inggeris

Saya ingin mengongsikan kepentingan bahasa Inggeris ni. Memandangkan ada essay homework yang kena buat essay pasal ni, hahah alang alang tu share lah sekali~ Ini pun copy paste dari blog cikgu spm mana tah hehe sorry cikgu ;)

Sebelum ini, mutu pencapaian bahasa Inggeris di negara kita menampakkan kemerosotan yang ketara. Sejak pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsan yang menghapuskan aliran bahasa Inggeris, penguasaan para pelajar dalam bahasa Inggeris amat rendah. Hal ini dapat dibuktikan melalui keputusan-keputusan peperiksaan pada tahun-tahun yang lepas. Oleh hal yang demikian, mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk mewajibkan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dalam bidang Sains dan Matematik Tahun Satu dan Tingkatan Satu mulai tahun 2003. Dalam pada itu, ada pihak yang mengangguk kepala bahawa bahasa Inggeris banyak mempunyai kelebihan tetapi ada pihak yang menggeleng kepala bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa penjajah. Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris haruslah dijadikan sebagai bahasa kedua penting tidak kira sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah demi kebaikan semua. Jadi, bahasa Inggeris memainkan peranan yang penting dalam kehidupan rakyat jelata.

Antara kepentingan bahasa Inggeris termasuklah bahasa Inggeris merupakan bahasa utama dalam komunikasi antarabangsa. Hal ini dapat dibuktikan apabila jumlah penutur bahasa Inggeris di seantero dunia mengatasi jumlah penutur bahasa utama lain seperti bahasa Perancis, Sepanyol, Arab, dan Rusia. Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa utama yang digunakan semasa seseorang berkomunikasi dengan bangsa negara lain ialah bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja memudahkan kita berhubung dengan dunia luar malah bahasa ini menjamin kelancaran urusan yang melibatkan bangsa negara lain. Misalnya, urusan seseorang dengan bangsa lain akan berjalan dengan lancar sekiranya seseorang itu menguasai bahasa Inggeris dengan sepenuhnya. Sebaliknya, urusan seseorang akan menempuh pelbagai dugaan sekiranya seseorang itu tidak petah dalam bahasa Inggeris. Hal ini jelas menampilkan kepentingan bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris juga merupakan bahasa utama dalam bidang perniagaan. Walaupun bahasa rasmi negara ialah bahasa Malaysia namun dalam bidang perniagaan bahasa yang kerap digunakan ialah bahasa Inggeris. Contohnya, bahasa Inggeris digunakan semasa sesuatu perniagaan sedang dijalankan. Menurut kajian, bahasa Malaysia jarang-jarang digunakan semasa urusan perniagaan dijalankan. Hal ini berlaku demikian kerana bahasa Malaysia kekurangan istilah yang tepat untuk mengungkapkan maksud dalam perniagaan. Penguasaan bahasa Inggeris bukan sahaja penting untuk menjamin peluang kejayaan kerjaya malah juga penting untuk menjamin hubungan yang mantap dalam bidang perniagaan. Jikalau bahasa Inggeris tidak dikuasai, maka perniagaan individu, syarikat, dan negara akan terbatas. Apabila peluang perniagaan terbatas, hal ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara malah juga menjejaskan hubungan diplomatik dan nama baik negara. Oleh itu, bahasa Inggeris amat penting dalam bidang perniagaan.

Di samping itu, kepentingan bahasa Inggeris yang lain ialah bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu pengetahuan. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam era globalisasi dan modenisasi ini, bahasa Inggeris merupakan bahasa sumber yang penting. Misalnya, kebanyakan buku ensiklopedia, buku rujukan, maklumat, penyelidikan dan khazanah ilmu yang lain terungkap dalam bahasa Inggeris. Hal ini tidak menjadi masalah bagi golongan yang dapat menguasai bahasa Inggeris untuk memahami isi-isi yang tercatat dalam bahan bacaan tersebut. Persoalannya, adakah anda faham akan isi-isi yang ingin disampaikan sedangkan tahap penguasaan bahasa Ingeris berada pada paras yang menyedihkan? Jawapannya semestinya tidak. Hal ini dikatakan demikian kerana ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan itu memerlukan tahap penguasaan bahasa Inggeris yang optimum. Dengan ini, tampaklah bahawa penguasaan bahasa Inggeris amat penting dalam menimba ilmu yang tidak terhingga.

Bukan itu sahaja, bahasa Inggeris penting kerana bahasa ini merupakan bahasa telekomunikasi ataupun bahasa internet. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat dapat memperoleh maklumat-maklumat yang terkini supaya masyarakat tidak menjadi seperti katak di bawak tempurung dengan syarat masyarakat dapat menguasai bahasa Inggeris. Malahan, mereka juga dapat memahami isi-isi tersurat yang dipaparkan dalam maklumat antarabangsa yang disalurkan melalui satelit ataupun media massa seperti radio, televisyen, dan surat khabar. Lebih-lebih lagi pada zaman teknologi maklumat ini, banyak alat teknologi yang canggih telah dicipta untuk memudahkan perhubungan masyarakat dengan dunia luar seperti internet tambahan pula, bahasa Inggerislah yang terungkap dalam laman web. Jadi, bahasa Inggeris haruslah dipandang berat kerana bahasa ini ialah bahasa telekomunikasi ataupun bahasa internet.

Kesimpulannya, bahasa Inggeris ialah bahasa antarabnagsa yang sangat mustahak untuk berhubung dengan bangsa lain, baik dengan masyarakat tempatan mahupun dengan masyarakat dunia luar. Walaupun bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara namun bahasa Inggeris amat penting untuk kemajuan negara. Penggunaan bahasa Inggeris membolehkan masyarakat dan negara mempunyai hubungan yang lebih luas dan mudah menerima maklumat antarabangsa. Hal ini secara tidak langsungnya mempercepat pembangunan negara. Di samping itu, kemajuan hanya dicapai dengan lebih cepat sekiranya komunikasi dalam bahasa Inggeris berjalan dengan lancar dengan negara-negara maju. Dengan ini, kecemerlangan seseorang individu bergantung pada tahap penguasaan bahasa Inggeris. Oleh itu, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat penting dalam menimba ilmu pengetahuan, komunikasi antarabangsa, bidang teknologi, dan bidang perniagaan.

Sorry

Entah lah. Sekarang asyik play lagu sahabat je by najwa latif.

Farah, aku malu. Malu sangat. Masa kau mintak link blog, memang aku taknak bagi sebenarnya. Tapi, bila kelly tweet, 'luahkan naa luahkan', buatkan aku rasa macam nak semua orang tahu hati aku. So, dengan sukarela aku bagi link blog ni. Farah, sorry kalau ada post post dalam blog ni buat kau kecik hati or something liddat. Kau yang nak tahu.

Ye. Memang kita kawan. Tapi aku tak tahu. Tiap kali aku dengan korang, ada masa aku rasa ghaib. Macam hilang. Takde siapa nampak aku. Tapi ada masa aku rasa happy sangat dengan korang sampai semua yang ada sekeliling aku, aku lupa. Wah, begitu lah besarnya kurniaan sahabat :')

Buat masa ni, biar lah aku pergi dulu. Aku dah amek keputusan. Aku nak menyepi. Sampai satu saat nanti kalau aku rasa aku dah betul betul okay, baru lah aku muncul balik.

Sorrylah kalau ada buat masalah ke apa. Sorry kalau aku ada menyusahkan korang, TIU. Takde niat pun sebenarnya. Betul kata farah. Apa yang kita benci, apa yang kita suka, kita kenalah jujur. Ill do it tonight! (semangat ni nak jujur!)

Thank you, iera!

Siti Nur Syahirah binti Arman Hanafi,

Terima kasih!!! Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi! You made my night tonight! Omg thanks iera! Thank you very much!

Siapa je tak sedih kalau kawan baik yang dah lama rapat tiba tiba kata nak pindah? Eeee memang kita fikir jahat gila kan? Sampai gila hati nak tinggalkan kita. Sampai hati nak tinggalkan segala kenangan. Sampai hati nak tinggalkan semuanya! Dia kata dia rasa makin teruk dekat sigs. But puas kita semua pujuk dia kata jangan pindah tapi dia degil! But yahhh finally, tadi iera kata dia tak jadi pindah sebab dia takut dia menyesal. Dia takut kehilangan kawan kawan dia. Ya Allah sumpah dengan phone ni jugak aku nangis! Like i said, hati aku lembut~ memang terharu gila kot!!

Iera, thanks iera thanks! Idk why im very happy and too excited! Tak sabar nak balik hostel. Eh tapi bukan sekolah~ goodnight iera :'D

Thursday, 5 December 2013

Pendam itu lagi sakit daripada meluahkan segalanya

Idk why.... lagu dekat radio semua sedih sedih. Dengan hujan lebatnya lagi. Totally sama dengan diri aku. Tah lah. Rasa semua yang aku buat tak kena. Itu tak kena. Ini tak kena. Apa lagi yang aku boleh buat? Memang setiap kali akhir tahun AKAN ada masalah kawan ke?

Okay jujur lah eh. Aku tak tahu sebenarnya apa masalah kawan kawan yang lain. Diorang tak pernah nak share. Takde lah tak pernah. Ada lah. Tapi sikit sikit je. Salah ke aku tweet nama kawan kawan sampai ada yang marah? Salah ke? Dosa ke? Tak kan? Ye myb aku dah TERspam tl kau. Tapi aku tak tahan lagi. Cukup lah blog je yang tahu.

Orang kata aku suka pendam. Yes! Orang kata pendam tu sakit. Yes! Orang kata pendam tu boleh buatkan orang dendam dengan sesiapa. But im not! Totally NOT! Macam mana ek nak dendam dengan orang? Dendam tu dari aku maksudnya kita geram sangat sampai ada niat jahat! Woi aku takde lah sampai ada niat jahat tu~ amalan syaitonnirrojim..

Kadang aku terfikir. Ada ke orang macam aku? Ada ke orang lain rasa apa yang aku rasa? Ada ke orang lain tahu apa yang aku rasa? Mestilah ada. Aku tahu. Ada yang rasa lagi sakit. Cukup lah aku rasa dugaan yang macam ni je. Ni pun dah berat sangat dah aku rasa. Tapi aku pelik. Kenapa hati aku ni lembut sangat? Cepat sangat terasa. Cepat sangat sakit. Cepat sangat terluka. Omggggg now playing lagu sahabat by najwa latif adoiii ni yang buat makin feeling ni TT_TT see baru dengar lagu dah boleh nangis. Ahh bencinya!!!!

Macam mana hidup macam kasim selamat ek? Alaa cerita ibu mertuaku yang p. Ramlee tu. Lagi teruk penderitaan dia. Mesti sakit gila kan?

Kau lah yang slealu, slalu menemaniku.
Mendengar kisah pahit manis hidupku.
Kau lah yang disitu setia menungguku,
Kau lah yang satu,
Menjadi SAHABATKU ♥

Dear my bestfriends, dedicated lagu 'merindu' by dayana amerda

Be strong

Ya. Hanya mampu bertahan. Tapi tah sampai bila. Satu masalah belum habis, lagi satu masalah baru yang datang. Kenapa? Kenapa semua terjadi dekat diri aku? Sampai bila aku kena bertahan lagi? Sampai bila aku nak tahan je perasaan aku? Sampai bila aku nak pendam semua ni? Ya Allah. Kau sengaja ke nak uji aku macam ni? Kenapa terlalu berat? Terlalu susah untuk aku pendam. Susah sangat. Aku takut nak terus terang. Aku takut. Takut nanti diorang kata aku ni EGO!

Banyak lagi benda lain yang aku nak fikir. Tapi kenapa otak aku still tak boleh lari dari fikir pasal kawan. Pasal family. And about relationship! Apa ni? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Penat sangat dah nak pendam. Idk why. I just cant control my emotional right now. Sorry. Aku dah try. Aku dah try jadi yang terbaik. Tapi kenapa aku rasa apa yang aku buat selama ni macam sia sia?

Aku taknak orang tahu masalah aku. Esp kawan kawan, family, cousin. Tapi aku dah tak tahan lagi. Aku penat sebab asyik kena pendam je. Aku memang buat happy depan korang. Tapi dalam? Dalam ni siapa tahu? Aku akan bahagia kalau tengok kawan yang lain bahagia. Taoi aku pelik. Macam mana diorang bahagia kalau tengok kawan diorang sedih. Oh lupa. Diorang tak perasan. Em sorry for everythings guys. Goodnight ★

Kawan

Rindu. Ye. Truly madly deeply. Imissyou guys. Idk why. Rasa macam diri tak dihargai dah. Rasa macam diri ni kecik sangat antara kawan kawan yang lain. Ye. Aku tahu aku bukan kawan yang baik macam farah. Aku tahu aku bukan seorang pendengar masalah yang setia macam athirah izzati. Aku tahu aku bukan periang macam wawa dengan kelly. Dan aku tahu aku tak pandai macam aida. See. Semua ada keistimewaan sendiri. Me? Haa insyaAllah satu hari nanti Allah akan tunjukkan keistimewaan aku :') korang, tolong lah faham. Aku rindu korang. Kenapa korang tak pernah nak faham aku? Yahh i know imma heartless person. But please....

Aku cuba buat macam apa yang both farah buat. Masing masing unistall twitter, wc. Aku buat tau. Aku buat. Bila aku on balik, semua cuma mention farah je. Kata farah hilang. Mana farah pergi. Kenapa farah dah lama tak on. Rindu farah lah. Ada story nak share lah. Bila aku on? --------------- takde pun. Takde notif langsung. Kalau ada pun, yang tah apa apa je. Baru tadi, kelly mention farah macam macam.

Emmm macam ni ke rasa dipinggirkan oleh kawan? Kawan yang kita rapat tanpa diduga. Kawan yang kita memang betul betul rapat.

"Ya Allah, rasa sakit dalam hati ni takde siapa yang tahu melainkan Engkau. Ya Allah, sembuhkan lah hati hambamu ini. Ya Allah, tolonglah aku. Aku tak kuat lagi menghadapi semua ini. Kenapa berat sangat dugaan yang kau bagi? Aku tahu. Aku tahu aku kena kuat. Tapi sampai bila? Sampai bila aku nak macam ni? Asyik aku je yang jaga perasaan diorang. Hati aku ni siapa nak jaga? Ya Allah. Tolong lah aku ya Allah :'( kerdil sangat ke hambamu ini jika nak dibandingkan dengan yang lain?"

Korang, aku minta maaf untuk segalanya. Aku tak boleh jadi kawan yang baik. Dan aku bukan lagi kawan yang baik. Aku tak boleh nak buat korang happy. Macam mana aku nak buat korang happy kalau aku sendiri sakit? Aku tak boleh nak jaga korang. Aku tak boleh sentiasa ada dekat sisi korang masa korang sedih atau gembira. Aku dah cuba untuk jadi yang lebih baik. Dan aku dah cuba untuk jadi yang terbaik untuk korang! Tapi..... Rasa macam takde apa apa yang aku buat. Rasa KOSONG! Terima kasih juga untuk segalanya. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati aku yang sering terluka. Terima kasih sebab selalu hiburkan aku. Terima kasih kerana selalu ada bila aku senang atau susah. Terima kasih kerana selalu hulurkan bantuan dekat aku. Terima kasih atas segalanya!

Aku dah pendam benda ni lama. Aku tak sampai hati nak cakap. Takut nanti ada yang kata aku ni selalu nak perhatian kawan. Yes. Thats me! Bila korang berbual, aku selalu dengar. Farah selalu share prob dengan siti. Dengan tasha. Dengan kelly. Dengan wawa. Athirah pun selalu pendam. Yah i know. Athirah ada kata aku senasib dengan dia. Selalu sensorang. Bila diorang berbual, satu apa pun aku tak tahu. Bila aku mintak cerita daripada awal, kata malas lah apa lah. Tahu tak betapa sakitnya hati ni? Iera, sheila, mira dengan diana pun sama. Apa apa semua taknak share dengan aku. Susah sangat ke? Susah sangat ke nak share? Aku takkan bagitahu lah privacy orang melainkan kalau kau pun simpan privacy aku. Tu je. Susah sangat ke? Kecik tau hati ni. Kecik sangat. Tah dah berapa kali aku nangis. Tolong lah...... aku penatlah! Aku tahu aku tak sehebat korang semua but please.. hargai lah aku. Tu je aku nak. Please.....

▶ PERNAH TAK TERFIKIR ? Andai satu hari nanti kita pergi , dalam ramai ramai kawan kita , siapa yang akan ziarah , tolong mandi dan kafankan kita ? :'D

Friday, 29 November 2013

Cuti

Cuti kali ni agak boring rasanya.... pergi kl bukannya boleh pergi mana mana pun :( ahhh boringnyaaaaa! Its such a f hols for me! Erhhh

Sunday, 24 November 2013

Ter la lu Rin du

Dear smkdpt-ians, I miss all of you. Malam tadi mimpi pasal korang.... Hehe lagi lagi pasal H :') tah lah. Sejak kebelakangan ni asyik nak merindu je kerjanya. Haihhh! Macam tak percaya kan?(nampak tak aku ni rindu sangat! Ishh!) Rindu sangat lah :'( Last night I dream about H. Aku mimpi dia sebenarnya suka aku jugak. Eeee perasan kan? Hihi at first, aku kena paksa kahwin dengan sorang budak EC yg memang dah suka aku dari dulu(merepek je kan mimpi aku?). Punya lah paksa paksa pehh aku yg sakit hati --' emm dah lah paksa kahwin lepas tu nak marah marah ishhhhh. Tah macam mana kan boleh ada dekat sekolah(sigs). Macam biasa lah kan dengan TIU yg tercinta lagi tersayang! Tiba tiba nak turun rehat ada budak budak lelaki main bola dekat padang. Rupa rupanya budak lelaki smkdpt. Ya Allah betapa rindunya aku!!! Dah tu, diorang rehat jugak. Diorang pilih meja belakang aku. Dalam masa yg sama, ahhhhhh i see him!! Ahaha rasa berdebar je tak berhenti(poyo kan? Mimpi je kot!). Sumpah! Tak berani langsung nak pandang belakang. Banyak kali aku tanya kelly dia tengok sini ke? Dia ada lagi ke? Kelly angguk je. Haihh emm lepas tu dah habis rehat. Aku tunggu diorang bangun dulu. Bila kelly kata diorang dah pergi, aku cepat cepat bangun pusing belakang. Bila aku pusing je, amek kau! Diorang semua tengok. Cuma H je senyum haha(angau seketika). Lepastu aku terbangun kejap. Then tertidur. Then mimpi tu sambung balik. Tak sangka woi! Zzzzz Okay sambung balik. Em time ni dkat sekolah agama. Darjah khas(padahal dah habis dah tahun lepas). Tapi pelik. Ada sheila & laila pulak dalam tu. Okay start! Aku tak ingat aku dengan siapa time tu. Tapi yg penting dia tahu aku suka H. Time ni dah balik. Macam biasa lah pukul 2 lebih. Mama kata dia nak amek aku pukul 4.30pm. Lepas tu, H nak balik. Maklumlah rumah dia depan sekolah je~ aku dengan siapa tah(lelaki) kejar dia sampai dapat. Bila sampai bawah blok rumah dia, cari cari dia. HILANG! Tut tut ada orang pukul kawan aku tu dari belakang. Habis lebam semua muka dia. Biru biru kot. Tiba tiba dia datang dia marah marah. Dia kata dekat kawan aku tu, 'baik kau cakap! Kau ada apa apa ke dengan dia?!' Dia tunjuk aku! Ahhh dari situ aku baru tahu dia suka aku jugak! Hmmm(aduh nak nangis lah pulakkk. Rindu sangat!). Aku dah nangis nangis dah time tu sambil kata, 'ya Allah. Tolonglah jangan fikir bukan bukan. Kitorang takde pape. Tak pernah langsung nak ada perasaan antara kitorang!'. Ehh boleh pulak dia marah aku. 'Kau diam!' Selagi lelaki tu tak kata apa apa, selagi tu dia pukul kepala lelaki tu. Hish kesian dia! Tiba tiba lepas drama tu, ramai orang datang bawak batang kayu sambil marah marah. Lepas tu tarik kawan aku tu bawak gi balai polis. Haih aku pun tak faham mimpi aku ni. Lepas tu, dia ajak aku pergi sekolah balik. Jalan lah kaki berdua~ sambil tu dia pujuk aku jangan nangis lagi. Dia kata sorry bagai. Haihhhh terharu nokkk. Dah sampai sekolah dalam pukul 4 suku. Tak ingat ada apa dekat sekolah. Kena duduk dekat dataran ramai ramai. Dia duduk belakang aku(padahal ustaz dah marah dia suruh duduk depan sebab dah tak muat!). Ni yg buat aku makin terharu ni~ hahah aku pandang je depannn. Lepas tu dengar macam ada bunyi kamera(alaa yg selalu orang amek gambar pakai phone tu). Lepas tu cepat cepat pusing belakang. Tengok tengok dia macam gelabah. Bila tanya kenapa, dia kata takde apa. Okay fine lah kan pandang je depan. Lepas tu dia cakap dekat kawan sebelah aku(tah siapa tak ingat. Ampun ya buk!) Cakap apa tah yg penting ada nama gua. Lepas tu dia bagi camera yg dia pegang. Aku tak tahu apa function dia bawak camera tu. Dia suruh aku amek gambar aku. Haaa aku pun amek lah. Tapi satu je. Tu pun dengan kawan sebelah aku. Lepas tu, dia kata bukan lah. Oh rupanya suruh amek gambar dengan dia :)))) hahaha aku pun apa lagi. Buat collage amek dua gambar. Pehh haha~ lepas tu dia senyum jeee. Hee k mimpi gua sampai sini je. Gambar bawah ni takde kena mengena pun dengan dia. Bukannya dia ada pun. Cuma nak kata rindu je hihi

EGO!

Hey,






Im sorry if Im being too ego..






Ive just tired being strong.







And I just want you to understand me.







Sorry :(((((

Friday, 22 November 2013

Novel ♥

I wonder why bila baca novel Dear Yayah the series ni buat nak nangis :'( ada banyak kisah pasal Jihan :) pasal kawan kawan dia, pasal pakwe dia.... i wish kan best kalau ada kawan macam jihan dengan suria(ish kau kan ada kawan! Tak cukup lagi ke?!).... no lah. Actually kan best ada kawan yg macam tu.. saling memahami. Saling hmmmm........ you know what. Start baca novel ni kan, suka ah update blog(even blog ni baru 3 kali update!), tulis diary. Sebab rasa macam seronok pulak! Hihi lagi pun nama 'yayah' ni macam selalu dengar. Cuma buang huruf 'h' jeee. Banyak kata kata semangat dalam novel ni ♥ Eh okay lah. Nak sambung baca my fav novel ni! Byebye!

TIU

TIU cuma singkatan dia je sebenarnya :) full name actually This Is Us(tapi malas nak panggil panjang panjang kan so panggil je lah TIU ni hehe tu pun ikut one direction. Directioner lah katakann). tah dari mana datang panggil TIU TIU segala ni. Oh ingat ingat! Sejak subject kh tu time tu nak masak! Kitorang satu kelas tau! 2G~

Ada farah izzati, ada kelly, ada wawa, ada aida, ada tasha, ada athirah izzati, and me ;) diorang memahami antara satu sama lain :') ni yg nak start cerita pasal ahli ahli ni heheh!

first!

FARAH IZZATI BINTI TUMERAN! Hi farah! She's such a very good listener to me! Dia baik sangat! She wss born on 23 october 1999. Dia lah yg gila, dia lah tempat meluahkan cerita, dia lah tempat takde perasaan(padahal dia lah paling banyak masalah!), oh dan dia lah segala galanya bagi saya! Ahaha sweet tak sweet tak? (eeee geli je!) Emm dia ada kakak. Sweetheart dipanggil :) dah lah satu dorm! Katil pun depan belakang je! Ishh tak macam aku! Huaaa sadis siaa! (Takpe takpe! Kalau kawan bahagia kan kita pun bahagia juga!) Em apa lagi eh? Hahaha suka prank dia! Lagi lagi time birthday! Pehhh best gila kot. Menangis je hehe. Oh lupa nak kata. Dia ada lagi satu group. Nama dia AWESOMERS. Group f1 dorm D'12. Em okay tu je!

Second!

NUR FARAH SYAKILLA BINTI ABDUL HAKEM! Hi farah! Hehe kitorang panggil dia as 'kelly'. Kan ada dua farah so nnt kalau nak panggil farah kang dua dua pandang. Haaa kan susah tu! Dia pun tak kisah nak panggil apa! Tu yg syok tu heheh(tp yg penting bukan SYAKILLA!) She was born a day before me! 080899. Hehe kena ah kan perangai pun sama dengan gua(terlebih EMOSI!) Hehe. emmm dia sebenarnya banyak masalah. Tp..... kadang kadang je share :( sedih kan? Takpe lah aku faham. Myb satu hari nnt kalau dia dah ready dia cerita :) insyaAllah. Be strong, friend! Aku akan sentiasa ada di sisi kau kalau kau ada masalah. Jangan risau!

Third!

AINA NAJWA BINTI MOHD HUSAINY! Hi wawa gila! Muka dia baby face! Seriously! IC dia lagi lah! Amek kau putih mepelak! Hehe(jangan marah eh waa!) Hihi dia ni yg PALING PALING PALING memahami :) suka ah kawan dengan dia. Dia paling rapat dengan 'kelly'. Dah lah satu dorm. Satu kelas pulak tu! Pehhh masyuk hahah(eh jangan fikir lain pulak! Tak baik!) Paling sedih kan pasal dia.... emmm parents dia cerai. Ehhh emm i think its too privacy ah. Em sorry! Dia bakal ada kakak angkat! Hihi biarlah TIU sahaja yg tahu siapakah gerangan gadis melayu terakhir itu! Cehwah ayat gramatis gituuuu~

Forth!

NATASHA NASUHA BINTI NORAZMI! Hey tasha! Ehh salah. Asalamualaikum! Hehe dia lah AJK agama paling tegas dekat hostel 2 ni! (Even aku pun ajk agama. Tp malas lewww sorry sha!) Hehe emmm dia pen biro agama'14 tau! Jangan main main! Dia tak suka! Paling dia rapat dengan farah izzati~ muka pun nak dekat sama dah bak kata orang "eh korang ni kembar ke? Dah lah jalan sama sama, pergi semua sama sama. Sweet je". Like I say, muka diorang ni nak dekat sama! Huh *flips hair* dia ada pakwe. Nama insan tersebut ialah Muhammad Danial HAZIM bin tak tahu. Cinta jarak jauh tau! Selalu berjiwang jiwang dkat twitter. Hahah Hazim duduk kl dan dia pulak duduk jb. Serious eh diorang tak pernah date atau jumpa! (Nilah contoh ajk agama yg baik. Even jiwang jiwang pun, tak pernah jumpa langsung!) Ada kakak dekat hostel. Dia adik paling kecil sebab lahir pada 01 januari tahun 2000.

Fifth!

AIDA NABILAH BINTI AZMAN! Hi aida! Dia ketua kelas 1PD'12, ketua kelas 2G'13 dan ketua segala dorm C'13. Dia seorang yg tegas! Paling semua orang takut bila dia marah! Katilmate dia Hani karmila. Dia ada pakwe. Nama dia Hanafi what idk. Form 3. Jiran lama dia. Selalu otp bila weekends dekat hostel(dekat rumah tak tahu lahhh). Emmm ada adik angkat. Nama dia Nur Farahin. Sweet weh! Satu dorm! Depan katil pulak tu! Sama macam farah izzati! Dia suka amek gambar. Suka buat macam macam muka time amek gambar! Dan suka buat suara~(jangan marah eh aida! Hehe).

Sixth!

NUR ATHIRAH IZZATI BINTI NORAZMAN! Ahhhh athirah ku sayang intan payung jantung buah hati kuuu~~ dia sama kelas! Ahh tak penting sangat. Yg paling penting! Dia lah kawan SENASIB!!!!! Ahhhh apa apa semua sama dengan aku :( orang yg paling dia sayang, akan pergi tinggalkan dia buat selama lamanyaaaaa. Ah sedih kan? Emm kitorang ada benci sorang insan ni tau(biarlah kami sahaja yang tahu siapa!). Eee em tah lah. Athirah kawan yang paling rapat! Rindunya dia :( kesian dia selalu kena buli dengan aida :( em rahsia dia ada pada aku dan rahsia aku ada pada dia hahah *ketawa jahat*

hah yang lastnya aku! Semua tujuh orang je. Pasal diri aku? Em tak perlu rasanya :) (peace!) Tu lah sikit sikit pasal diorang(banyak lagi sebenarnya nak cerita. Tp takut penat sangat menaip :p).

TIU sekalian,
Terima kasih kerana sudi jadi kawan aku,
Terima kasih kerana selalu dengar masalah aku,
Terima kasih kerana selalu menjadi suria yg mampu mencerahkan hari hariku,
Terima kasih juga kerana sentiasa ada bila aku senang atau susah,
Kau adalah Nur yang menerangi jiwaku,
Kau adalah Syam dalam hidupku!
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA! ♥